
WASHINGTON – Hampir 700,000 orang kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) telah didiagnosis dengan Covid-19 sejak bermulanya wabak itu, menurut laporan terbaharu Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.
Sebanyak 77, 073 kes baharu membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 24 September hingga 8 Oktober, peningkatan 13 peratus dalam kes kanak-kanak selama dua minggu, menurut laporan itu.
Sejumlah 697,633 kes Covid-19 kanak-kanak telah dilaporkan di Amerika Syarikatsetakat ini.
Menurutnya, kanak-kanak mewakili 10.7 peratus daripada semua pesakit yang dijangkiti dengan virus tersebut.
Kadar keseluruhan adalah 927 kes setiap 100,000 kanak-kanak dalam populasi.
Kanak-kanak mewakili 0.9 peratus hingga 3.6 peratus daripada jumlah pesakit yang rawat di hospital dan 0 hingga 0.23 peratus daripada semua kematian Covid-19, kata laporan itu.
“Pada masa ini, nampaknya penyakit yang teruk disebabkan oleh Covid-19 jarang terjadi kalangan kanak-kanak.
”Walau bagaimanapun, negeri-negeri perlu memberikan laporan terperinci mengenai kes-kes, ujian, kemasukan ke hospital, dan kematian Covid-19 berdasarkan usia dan bangsa/ etnik sehingga kesan Covid-19 terhadap kesihatan kanak-kanak dapat didokumentasikan dan dipantau, “kata laporan itu.- MalaysiaGazette