KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas, termasuk daripada 30 Ahli Parlimen UMNO.
Khalid berkata, perkara itu dizahirkan Anwar ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili Amanah dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada (Presiden UMNO) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP UMNO, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.
“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD (Akuan Bersumpah). Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu memetik laporan Malaysia Dateline.
Oleh yang demikian, Khalid berkata Anwar kini memiliki jumlah sokongan sebanyak 122 kerusi di mana PKR (39), DAP (42), Amanah (11) dan 30 daripada UMNO.
Jumlah itu, kata Khalid tidak termasuk Ahli Parlimen bebas yang didakwa turut menyokong Ketua Pembangkang itu.
Artikel berkaitan: Agong nasihat Anwar akur perundangan negara
Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu untuk mempersembahkan dokumen sahih sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen terhadapanya.
Dokumen itu, kata Anwar, berbentuk akuan bersumpah dan pengesahan ketua-ketua parti yang menyatakan sokongan kepadanya untuk membentuk kerajaan baharu. – MalaysiaGazette
Memang bodoh n desperate la ko ni lid oiiii..Nak percaya gak lagi kat kaki semburit tu? Korang ni x cukup n x sempat nak makan duit negara kan sbb jatuh mengejut..
Maklum la..LGeND kata duit negara dah habis tp tiba2 abah blh bg duit bantu rakyat. Tah mana korang pakat2 sorok x sempat nak kapur..tu yg mengelupur takut kerajaan skrg jumpa.
Rasuah tetap sama..hr ni org kuat mat sabu dah kena. Itu belum di buka yg lain
.Cukup2 la dramA korng ni..
Incik Lid dan geng2 PH berharap Abah Din hati kecut mcm Safie Afdal. Baru kata ada sokongan, teruih bubar kerajaan negeri. Pastu ngundi.
Sori la, geng2 pemimpin PH saja yg jenis gabra tak tentu pasal.