Home Nasional Kluster Utama catat 105 kes baharu – KKM

Kluster Utama catat 105 kes baharu – KKM

Pusat beli-belah One Utama.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 105 lagi kes baharu telah dikenal pasti dalam Kluster Utama menjadikan jumlah kes setakat ini sebanyak 132, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, ia melibatkan 131 kes telah dilaporkan di Selangor serta satu kes di Melaka yang membabitkanĀ 107 bukan warganegara dan 25
warganegara.

Jelas beliau, kes positif itu telah dikesan dalam kluster diambil nama daripada pusat beli-belah One Utama itu meliputi seramai 87 pekerja keselamatan, lapan pekerja pembersihan, enam pekerja di beberapa premis pusat beli-belah tersebut, enam pengunjung dan lima ahli keluarga bagi kes ke-12,549.

“Sehingga 15 Oktober 2020, seramai 447 individu telah disaring, di mana 132 kes dikesan positif Covid-19, 269 individu dikesan negatif dan 46 individu masih menunggu keputusan.

“Sehubungan itu, pusat beli belah ini telah ditutup 11 sehingga 16 Oktober ini bagi proses nyah kuman dan pembersihan. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kluster ini masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Kluster Utama bermula dengan kes ke-15,023 iaitu lelaki warganegara Nepal berumur 28 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di daerah Petaling Jaya itu.

Mangsa mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema sejak 22 September lalu dan dikesan positif Covid-19-19 pada 8 Oktober lalu melalui saringan kontak rapat dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. – MalaysiaGazette

+ posts