Home Sukan Shaw sedia bersaing dengan Telles

Shaw sedia bersaing dengan Telles

Luke Shaw (kanan) dan Alex Telles.
LONDON – Bek kiri Manchester United, Luke Shaw sedia berdepan dengan persaingan  mana-mana pemain termasuk Alex Telles yang baharu menyertai kelab itu.
Shaw yang sebelum ini selesa ini posisi itu berkata, dia perlu bekerja keras sebagai motivasi untuk kekal menjadi pilihan utama pengurus, Ole Gunnar Solksjaer.
“Persaingan adalah keperluan bagi mana-mana pasukan. Terdapat persaingan untuk setiap tempat dan anda harus bersiap sedia dan bekerja keras.
“Persaingan sangat sihat untuk pasukan, ia akan memotivasi semua orang kerana semua orang mahu bermain,” katanya dalam temubual bersama MUTV.

United memeterai kontrak dengan pertahanan Brazil, Telles daripada pemain FC Porto pada akhir jendela perpindahan antarabangsa awal bulan ini.

Dia  telah menunjukkan prestasi  cemerlang dengan Porto pada musim 2019/2020.

Bermain sebagai bek kiri, dia tampil agresif dengan mencatatkan 11 gol dalam Liga Perdana Portugal dan membuat 12 bantuan.

United melihat pemain berusia 27 tahun itu menjadi bahagian pertahanan kiri lebih kuat untuk memberi saingan kepada Shaw dan Brandon Williams mendapat tempat dalam barisan utama. – MalaysiaGazette