Home Nasional Zuraida terguris lihat anggota bomba ditumbuk masa bertugas

Zuraida terguris lihat anggota bomba ditumbuk masa bertugas

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terguris melihat rakaman video anggota bomba dikasari semasa menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Zuraida Kamaruddin berkata, insiden melibatkan anggota bomba di Bandar Tun Hussein Onn dekat sini itu didakwa dipukul oleh orang awam.

“Saya turut menerima maklumat individu berkenaan berada dalm keadaan khayal dan pemeriksaan ke atas kenderaannya menjumpai senjata tajam berupa pisau pemotong daging,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zuraida, anggota bomba terbabit sudah membuat laporan polis dan berharap siasatan segera dijalankan.

“Masyarakat sepatutnya dalam apa-apa situasi menghormati tugas yang dijalankan anggota bomba memandangkan sudah terbukti mereka memkul tanggungjawab berat bagi menjaga keselamatan dan kententeraman awam,” katanya lagi.

Sementara itu, sumber polis Kajang memaklumkan anggota bomba itu dipukul semasa memadam kebakaran kereta di Jalan Suakasih di BTHO hari ini.

Pegawai bomba yang bertugas ketika itu telah memberikan arahan supaya saspek bertenang dan memberikan kerjasama pada pihak bomba, namun saspek menjadi agresif dan secara tiba-tiba meluru ke arah anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota bomba tersebut. Saspek kemudiannya telah berjaya ditahan dengan bantuan anggota bomba yang lain serta orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Saspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Saspek berumur awal 30-an, bekerja sebagai Pengurus Acara di Kuala Lumpur akan dibawa ke Mahkamah Kajang esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan pihak polis,” katanya.

Saringan awal saspek positif dadah dan siasatan kes kemalangan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.- MalaysiaGazette

3 Komen

Comments are closed.