KUALA LUMPUR – Wakil UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memulakan rundingan sesama mereka bagi mengatasi kemelut politik yang berlaku.
Itu ciapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Setiausaha Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa malam tadi.
“Saya gembira mendapat tahu wakil UMNO dan Bersatu sudah pun memulakan rundingan.Begitu juga dengan Pas,” tulisnya.
Beliau juga berkata rundingan yang diadakan dalam keadaan harmoni dan baik.
“Insya Allah Isnin ini MN (Muafakat Nasional) bermesyuarat. Semuanya dalam suasana ‘anak beranak’. Kita doakan segalanya di permudahkan Allah,” katanya lagi.
Sebelum itu, mesyuarat Biro Politik UMNO memberi kata dua kepada Bersatu atau kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta meletakkan syarat supaya setiap kerjasama politik mesti ad hitam putih.
Jika tidak, UMNO akan mempertimbangkan untuk keluar daripada PN seperti kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Alhamdulillah, pastikan musah musuh kita takut n gentar dgn kita, bersatu bersama sesama bgsa. Agama n negara, demi bngsa kita, agama kita, dan tanah air kita, jgn biar kn zaman gelap 22 bulan berulang kembali, ..pastikn zaman gelap tidak berulang kembali..bersatu satu kita tegoh, berbalah kita roboh.. #kitajagakita
Selagi parti ada kepentingan diri sendiri dlm Politik – tetap ada berlaku rebut kuasa –
” Suara Akar Umbi “
Kesian abah kau..yg ko gi join dgn geng2 penyamun kn dh mendapat.. kmaruk jd pm apa pon snggop