Home Dunia Keadaan semakin buruk, London laksana sekatan pergerakan

Keadaan semakin buruk, London laksana sekatan pergerakan

Kawasan High Street di Croydon, London masih menjadi tumpuan orang ramai biarpun kes jangkitan koronavirus di Britain masih tinggi. foto Agensi
LONDON – London, ibu kota kewangan antarabangsa dunia, akan melaksanakan sekatan pergerakan yang lebih ketat mulai tengah malam Jumaat selepas Perdana Menteri, Boris Johnson berusaha mengatasi gelombang koronavirus kedua yang begitu pantas merebak.
Pandemi pernafasan yang muncul di China tahun lalu telah membunuh lebih dari satu juta orang di seluruh dunia, merebak di sebahagian besar wilayah Britain dengan jumlah korban sebanyak 43,155 – tertinggi di Eropah.
Namun, kemarahan rakyat Britain semakin meningkat disebabkan oleh kesan sekatan itu ke atas kos ekonomi, sosial dan kesihatan.
Setiausaha Kesihatan Matt Hancock memaklumkan, London yang mempunyai populasi 9 juta serta daerah Essex yang berdekatan dan berpenduduk padat, akan berada pada tingkat waspada ‘tinggi’, naik dari peringkat ‘menengah, lewat malam tadi.
Impak utama daripada peningkatan ketahap “tinggi” adalah individu tidak dapat bertemu dengan isi rumah lain secara sosial di dalam suasana apa pun, misalnya di rumah atau di restoran.
Perjalanan harus dikurangkan sebai mungkin, kata Hancock.
“Segala-galanya akan menjadi lebih buruk sebelum menjadi lebih baik.
“Tetapi saya tahu bahawa ada langit yang lebih cerah dan laut yang lebih tenang di hadapan – bahawa kepintaran sains akan mencari jalan keluar,” ujarnya.
Dengan sekatan terbaharu itu, bermaksud London dan Paris – dua bandar terkaya di Eropah – akan segera hidup di bawah sekatan yang dikenakan oleh negara ketika gelombang kedua wabak itu merebak ke seluruh Eropah. – MalaysiaGazette