BUKIT MERTAJAM – Kerajaan menyasarkan kadar pengangguran di Malaysia akan menurun kepada 4.5 peratus menjelang Disember ini susulan pelaksanaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, kadar pengangguran di Malaysia pada bulan Mei lepas mencatatkan 5.3 peratus.
“Akan tetapi, kadar pengangguran telah menurun kepada 4.7 peratus pada bulan September (2020) walaupun negara kini berhadapan krisis ekonomi dan musibah COVID-19.
Terdahulu, beliau merasmikan majlis berkenaan yang dilakukan secara virtual di ibu negara memandangkan Kuala Lumpur ketika ini berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam pada itu, Saravanan berkata dalam memastikan nasib pekerja yang berdepan masalah pengangguran ekoran pandemik COVID-19 itu terbela, pihak kementerian telah memperkenalkan program baharu iaitu Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang berperanan menyalurkan sumbangan kepada pekerja yang menerima cuti tanpa gaji.
“Dengan bantuan program seperti ini, ia akan membantu pekerja kekal relevan terhadap syarikat masing-masing melalui kemahiran yang mereka peroleh melalui program anjuran kementerian,” katanya.
Penjana HRDF yang dilancarkan sejak 22 Jun lalu, dilaksanakan bagi membantu menangani isu pengangguran akibat pandemik COVID-19.
Melalui inisiatif Penjana HRDF, sebanyak lima skim telah diperkenalkan antaranya Latihan dan Penempatan, Pembangunan B40, Pembangunan SME, Revolusi Industri 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (GIG).
Di Pulau Pinang, seramai 150 pelatih telah menyertai program itu yang berlangsung selama lima hari bermula dari 12 Okt hingga 16 Okt dengan memberi penekanan kepada latihan kemahiran dalam melahirkan modal insan yang kompetitif. – MalaysiaGazette