KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami patah pada bahagian pinggang setelah terjatuh dari tingkat satu sebuah hotel di Jalan Chow Kit di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasai (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, memaklumkan, lelaki berusia 24 tahun itu terjatuh dari bangunan berkenaan pada ketinggian 15 meter.
Menurutnya, bomba menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pukul 2.01 petang dan mengarahkan anggota dari Balai Titiwangsa serta Balai Jalan Tun Razak ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 2.06 petang didapati seorang mangsa lelaki dewasa berbangsa Cina berumur dalam lingkungan 24 tahun terjatuh dari tingkat satu pada ketinggian 15 meter dan mangsa tersangkut pada bumbung.
“Tindakan operasi menurunkan mangsa menggunakan stretcher melalui tangga. Mangsa mengalami kecederaan patah pada bahagian pinggang,” demikian menurut kenhyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, mangsa selamat dibawa turun pada
dan diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette