KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan semula penerimaan sumbangan tunai Covid-19 ke Akaun Amanah Pembelian Kelengkapan Keperluan Perubatan dan Perkhidmatan Fasiliti KKM.
Perkara tersebut dikongsi bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebook.
Sehubungan dengan itu, sumbangan tunai di bawah Akaun Amanah itu boleh disalurkan melalui butiran seperti berikut:
Nombor Akaun: 2-66016-0002347-5
Bank: RHB Bank
Atas Nama: Sumbangan Perubatan KKM
KKM pada 23 Mac 2020 telah menubuhkan satu Akaun Amanah Pembelian Alat Kelengkapan, Keperluan Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan di Fasiliti Kesihatan KKM bagi membolehkan syarikat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai yang prihatian untuk menyalurkan sumbangan bagi kegunaan Barisan Hadapan semasa berlakunya wabak Covid-19.-MalaysiaGazette