MADRID – Gara-gara menunjukkan aksi longgar dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, Real Madrid dan Barcelona masing-masing akan dihantar ke Clasico hujung minggu depan.
Walaupun empat pertukaran pemain pada babak pertama dilakukan Zinedine Zidane namun, pasukannya tetap gagal mencetuskan kebangkitan Real apabila tumbang 0-1 di laman sendiri kepada pendatang baharu, Cadiz.
Dua jam kemudian, di bandar bersebelahan, Ronald Koeman merasai kekalahan pertama selaku jurulatih Barcelona ketika mereka mengikut jejak langkah Madrid apabila tewas 0-1 di tangan Getafe dekat Coliseum Alfonso Perez.
Persembahan Real jelas membimbangkan apabila juara bertahan itu hanya dapat mencipta dua cubaan tepat berdepan Cadiz, yang boleh menjaringkan lebih banyak gol selepas jaringan awal Anthony Lozano.
Barca juga tidak jauh berbeza dengan Lionel Messi juga agak senyap dan pasukan itu gagal bangkit selepas penalti dijaringkan Jaime Mata yang memberikan gol awal pada babak kedua buat Getafe.
Sementara itu Atletico Madrid menewaskan Celta Vigo 2-0, dengan Luis Suarez membuka jaringan dalam saingan di Balaidos. – MalaysiaGazette