Home Dunia Tanah runtuh: 22 anggota tentera Vietnam hilang

Tanah runtuh: 22 anggota tentera Vietnam hilang

HANOI – Sekurang-kurang 22 anggota tentera hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Quang Tri, tengah Vietnam, kata kerajaan negara itu, ketika negara Asia Tenggara tersebut dilanda banjir paling buruk sejak sekian lama.

Hujan sejak awal Oktober yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh telah meragut sekurang-jurangnya 64 nyawa di tengah Vietnam, dengan hujan lebat dijangka dalam beberapa hari lagi.

Tanah runtuh telah menimbus satu unit berek polis, kata kerajaan dalam satu kenyataan di laman sesawang, beberapa hari selepas insiden tanah runtuh yang mengorbankan 13 orang, kebanyakannya anggota tentera, di wilayah Thua Thien Hue, lapor Reuters.

“Kami tidak dapat tidur nyenak,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Vietnam, Phan Van Giang kepada wartawan hari ini.

Laporan media kerajaan berkata, paras air sungai di wilayah Quang Tri naik pada paras tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun.

Di wilayah Thua Thien Hue, anggota penyelamat bertarung dengan hujan ketika mencari sekurang-kurangnya 15 pekerja pembinaan yang dikhuatiri mati dalam insiden tanah runtuh di kawasan pergunungan.

Hujan lebat sehingga 600 milimeter dijangka berterus di sebahagian kawasan tengah Vietnam sehingga Rabu ini, kata agensi kaji cuaca hari ini. – MalaysiaGazette