KUALA LUMPUR – Sindiket Macau Scam di Malaysia yang didakwa menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah kini mula memberi tempias kepada golongan selebriti.
Kini timbul dakwaan kononnya pelakon, Chacha Maembong juga memperolehi dana perniagaan dari individu berstatus ‘Datuk’ yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malausia.
“Saya diberitahu ada beberapa individu di media sosial telah mengeluarkan kenyataan finah dan tidak benar terhadap saya.
“Sebelum pembocoran Macau Scam, saya tidak mengenali Datuk itu dan tidak pernah berhubung dengan dia,” tulisnya di Instagram.
Mengenai gambarnya yang kini bersama beberapa individu yang sedang disiasat SPRM atas tuduhan pengubahan wang haram dipercayai di sebuah kelab malam, Chacha berkata, gambar itu diambil sekitar tiga tahun lalu dan hubungan mereka sekadar kenalan sahaja.
Jelas Chacha produk keluaran dan perniagaannya itu tiada kaitan dengan kes tersebut dan ia merupakan merupakan kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia serta Asia.
“Saya juga ingin mengesahkan bahawa gambar yang tular di media sosial itu diambil sekitar Januari 2017 dan ketika pertama kali saya bertemu dengan ‘Datin’ itu sebagai kenalan dan bukan sebagai rakan karib.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa sumber dana perniagaan saya merupakan hasil titik peluh saya. Ia tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain,” katanya.
Sementara itu, Chacha berharap pihak berkenaan berhenti menyebarkan fitnah dan kenyataan tidak benar mengenai perniagaannya serta membuat permohonan maaf secara bertulis kepadanya. – MalaysiaGazette