KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengemukakan satu usul kepada Dewan Rakyat agar menggantung sementara urusan kerajaan bagi memberi laluan kepada usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
Dalam satu kenyataan dua muka suratnya hari ini, bekas menteri itu berkata, usul itu berikan setelah usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri tidak mendapat tempat di Dewan Rakyat.
“Sebagai ahli Parlimen telah menghantar satu usul di bawah Peraturan 90 (2), iaitu suatu usul untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1) dan beberapa peraturan-peraturan mesyuarat lain yang berkaitan supaya PM tidak lagi boleh menghalang amarah rakyat dengan berselindung di sebalik teknikal undang-undang.
“Melalui Usul ini saya telah meminta agar Dewan Rakyat membuat keputusan agar urusan kerajaan ditangguhkan sementara dan usul undi tidak percaya yang dibawa YB Langkawi dibaca dan diputuskan terlebih dahulu,” katanya hari ini.
Menurut Maszlee, usul itu dikemukakan 15 Oktober lalu.
Tambah beliau, usul itu bukan untuk menambah rumit kemelut politik sedia ada di saat rakyat sedang berdepan bencana namun ia hakikatnya untuk menamatkan kemelut poliitk negara.
Bekas Menteri Pendidikan itu beralasan, usul yang dbawanya itu bagi menghalang kerajaan Perikatan Nasional untuk menolak sebarang usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebab itu sebarang usul yang melibatkan ketidakpercayaan Dewan terhadap PM akan diketepikan.
“PM akan menggunakan senjata ampuhnya iaitu Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan bahawa urusan kerajaan (apa-apa urusan yang dikehendaki oleh kerajaan) hendaklah
didahulukan daripada urusan-urusan lain,” tegas Maszlee lagi.
Untuk rekod, lima Ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diketuai Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin bagi dibentangkan pada Sidang Dewan Rakyat.
Ini tidak termasuk satu usul daripada Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) yang berbuat demikian pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette
Tahniah sbb jujur. Kurang2nya rakyat tak menyampah dengan alasan bergaduh rebut jawatan demi rakyat. Next year parti Pejuang akan jd parti Terbuang ya..