Home Nasional Kerja pembersihan LRA Sungai Selangor bermula

Kerja pembersihan LRA Sungai Selangor bermula

Pekerja Air Selangor, Nurasidiq Supangat mengambil sampel air yang tercemar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Dua, Bestari Jaya, Kuala Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Selangor Fasa 1,2, 3 dan LRA Rantau Panjang telah mula beroperasi untuk kerja-kerja pembersihan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan tahap pencemaran bau kini sifar TON.

“Alhamdulillah. Saya dimaklumkan tahap bacaan pencemaran di LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 telah mencecah 0 TON.

“Oleh itu, loji telah mula beroperasi untuk kerja-kerja pembersihan dan akan mula memproses air bagi kegunaan para pengguna,” katanya menerusi akaun Twitter.

Pada hari ini LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas sejak jam 2 pagi susulan pengesanan pencemaran bau di dalam Sungai Selangor.

Susulan henti tugas keempat-empat LRA terbabit, gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pencemaran bau seolah-olah bahan kimia sylvan dikenalpasti berpunca daripada kawasan kilang. – MalaysiaGazette