KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau!
Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang baiki telefon bimbitĀ maut apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dalam longkang besar sedalam lima meter di Bulatan Jalan Ipoh/Jalan Kuching dari arah Kepong sekitar jam 11.48 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, dalam kejadian itu, seorang penumpang lain yang dipercayai berada dalam kereta mangsa berjaya diselamatkan orang awam.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu oleh Chan Yang Wei berusia 20 tahun yang datang dari arah Jalan Kepong menghala ke Bulatan Kepong hilag kawalan secara tiba-tiba akibat terlampau laju sebelum terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar sedalam lima meter.
“Akibat perlanggaran itu, pemandu disyaki dalam keadaan mabuk ketika memandu dan berasal dari Jalan Segambut Jinjang Utara telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala jelas beliau, penumpang yang berada tempat duduk depan kereta iaitu Chia Kah Lok, 18 berasal dari Taman Wangsa Permai, Kepong berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius oleh orang awam.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan proses bedah siasat sedang dijalankan untuk mengenalpasti puncanya.
“Siasatan awal polis mendapati simati disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.-MalaysiaGazette