KUALA LUMPUR – Semalam, lima ahli Parlimen mewakili Parti Pejuang yang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad layak menjadi pengganti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri (PM).
Mereka dalam satu mesyuarat menyatakan Mahathir layak untuk menjadi penyelamat kepada Malaysia.
Namun kenyataan itu diselar Setiausaha Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
“Tak payahlah fikir pengganti buat masa ni. Kita muafakat, bantu kerajaan.Bila Covid-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah pada rakyat.
“Amerika Syarikat lagi banyak kes Covid-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang PM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu.
“Saya percaya PM serah pada rakyat,” ujarnya dalam ciapan Twitternya hari ini.- MalaysiaGazette
Telor sudh goyng lew tu