![MGF19102020_TINJAUAN AIR 04 (1)](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/10/MGF19102020_TINJAUAN-AIR-04-1-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Sejumlah 715 daripada 1,292 kawasan sudah menerima bekalan air setakat jam 3 petang tadi.
Ini bermakna, sebanyak 577 kawasan masih dalam proses pemulihan, kata Pengurusan Air Selangor.
Setakat jam 3 petang, 70% kawasan di Petaling sudah mendapat agihan air manakala Kuala Langat 88%, Kuala Selangor 97%, Gombak 52%, Kuala Lumpur 29% dan Klang 8%.
Manakala bekalan air di Kuala Langat masih belum diagihkan.
Gangguan itu berlaku selepas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihenti tugas selepas pencemaran air mentah dikesan di Sungai Selangor. – MalaysiaGazette