Home Nasional Prolintas tutup kemudahan di R&R

Prolintas tutup kemudahan di R&R

KUALA LUMPUR – Kumpulan syarikat Prolintas memaklumkan beberapa kemudahan di kawasan rehat dan rawat dan hentian sebelah di lebuh raya-lebuh raya seliaannya akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Kemudahan yang ditutup itu adalah pusat khidmat pelanggan dan surau di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Penutupan kemudahan ini dijadualkan berakhir pada Selasa, 27 Oktober 2020.

Bagi pengguna yang ingin melakukan tambah nilai adalah dinasihatkan untuk menggunakan mesin layan diri yang ditempatkan di beberapa kawasan sepanjang lebuh raya Prolintas.

Selain itu, pengguna juga digalakkan untuk melakukan transaksi tambah nilai menerusi e-Wallet.

Dalam pada masa yang sama bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19, gerai makanan di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah selatan) GCE kini beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan oleh kerajaan.

Antaranya menghadkan kepada dua orang bagi setiap meja selain menggalakkan pengguna untuk beli dan membawa pulang makanan.

Semasa pelaksanaan tempoh PKPB ini, Prolintas mempunyai lebih daripada 200 petugas yang berkhidmat di lebuh raya seliaannya dan sentiasa memastikan kelancaran operasi serta komited untuk bersama-sama memerangi wabak Covid-19 ini. – MalaysiaGazette