KUALA LUMPUR – Profesional kejuruteraan dan syarikat diberi rebat bagi yuran pembaharuan tahun 2021.
Bayaran untuk Orang Berdaftar dan Amalan Perunding Kejuruteraan itu membabitkan separuh daripada kadar biasa, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Yuran pembaharuan bagi jurutera profesional dengan perakuan amalan adalah RM200 selepas rebat 50%.
Manakala jurutera profesional di bawah 60 tahun sebanyak RM100 dan 60 tahun ke atas RM50.
Yuran pemeriksa bertauliah di bawah 60 tahun pula RM100 dan 60 tahun ke atas sebanyak RM50.
Pemeriksa tapak pula RM15.
Bagi Pertubuhan Perbadanan di bawah Seksyen 7A dan Amalan Multi Disiplin di bawah Seksyen 7B, yuran pembaharuan yang dikenakan sebanyak RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini.
Untuk yuran perkongsian pula sebanyak RM250 dan pemilik tunggal RM125.
Fadillah berkata, jam pembangunan Profesional Berterusan (CPD) 2020 yang diperlukan untuk Pembaharuan Pendaftaran Tahun 2021 dikecualikan. – MalaysiaGazette