PARIS – Scott Mctominay terpaksa beraksi dengan rabun mata sebelah selepas kanta lekap tercicir dalam aksi menang 2-1 menentang Paris Saint Germain awal pagi tadi.
Dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan H di sini, perancang tengah itu terpaksa melalui saat mencabar itu pada separuh masa pertama.
Pengurus pasukannya, Ole Gunnar Solskjaer telah mendedahkan situasi McTominay yang terpaksa beraksi dengan satu kanta lekap sahaja.
Dia beraksi dalam kesebelasan utama menggantikan Paul Pogba berganding dengan Fred.
Namun rabunĀ tidak menjejaskan aksi Mc Tominay di atas padang sebaliknya memberi masalah kepada pasukan lawan.
“Walaupun pemain berusia 23 tahun itu kelihatan agak tidak selesa beraksi di 45 minit pertama, namun dia berjaya mempamerkan beberapa serangan kemas menghalang pemain lawan khususnya Neymar mara ke hadapan gawang Red Devils,” puji Solskjaer.
Dalam aksi berkenaan pasukan yang diketuai Bruno Fernandez meletakkan pasukan di hadapan menerusi gol hasil sepakan penalti pada init ke-23.
Terdahulu sepakan pertama telah nafikan oleh penjaga gol PSG bagaimanapun sistem VAR memaksa sepakan semula kerana penjaga gol didakwa keluar dari garisan palang gol.
Manakala di separuh masa kedua, kesilapan Martial menanduk masuk bola ke gawang gol sendiri membantu tuan rumah mengikat kedudukan 1-1.
Namun, Rashford muncul pemusnah harapan Naib Juara Liga Juara Eropah edisi musim lalu apabila menyumbat gol kedua untuk Red Devils.- MalaysiaGazette