KUALA LUMPUR- Seramai 636 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 595 individu telah dikompaun, 38 individu pula direman dan tiga lagi dijamin.
Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (279), tiada pennjarakan fizikal (130), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (82), aktiviti perjudian (23) dan lain-lain (122).
“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya semasa sidang media harian (bukan kesihatan) hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam Operasi Benteng, semalam.
Turut dirampaa adalah sembilan kenderaan darat.
Beliau juga menafikan sebuah video tular yang mendakwa kerajaan tidak melakukan sanitasi awam seperti negara-negara lain.
Tegasnya, sejak 30 Mac lalu, sebanyak 10,653 sanitasi awam merangkumi 135 zon telah dilaksanakan di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. -alaysiaGazette