Home Nasional Kerja dari rumah: Majikan tidak boleh paksa guna cuti tahun

Kerja dari rumah: Majikan tidak boleh paksa guna cuti tahun

M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahun atau cuti tanpa gaji berikutan keputusan kerajaan mengarahkan pekerja dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk bekerja dari rumah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan kementeriannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan 18 Mac lalu.

”Bagaimanapun majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa juga tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi Jabatan Tenaga Kerja  Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui talian 03-88862353/03-88862409/01-88889111.

Artikel berkaitan: Hanya 30 peratus di pejabat, bekerja dari rumah mulai esok hingga tamat PKPB – KPPA

PKPB: Kerajaan arah bekerja dari rumah mulai Khamis ini

Selasa lalu Menteri Kanan Kluster Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengarahkan majikan supaya membenarkan 10 peratus pekerja mereka di peringkat pengurusan bekerja dari rumah.

Manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang sama semalam. – MalaysiaGazette