Home Nasional PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

Polis Diraja Malaysia hari ini menafikan dakwaan wujud kegiatan menculik kanak-kanak ke negara jiran untuk dibunuh dan menjual organ seperti tular di media sosial- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua Unit Siasatan Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Supt Mohd Fazley Ab Rahman merupakan antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 23 Nov depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata, Mohd Fazley akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Mohd Fazley menggantikan Supt Mohd Nor Marzukee Besar yang akan bertukar ke Supt Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Satu lagi pertukaran menyaksikan Supt Sekretariat Tetap ASEANAPOL, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman Supt Hoo Chang Hook dilantik ke jawatan Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette