Home Nasional PKPB: Hanya 6 tren ETS beroperasi

PKPB: Hanya 6 tren ETS beroperasi

KUALA LUMPUR – Tren elektrik (ETS) akan beroperasi dengan menawarkan enam perkhidmatan bermula hari ini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat (PKPB).

Berikutan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini meminta penumpang bagi tren ETS EP9104 dari Stesen KL Sentral ke Stesen Butterworth dan sebaliknya bagi tren EG9127 supaya membuat pembatalan tiket bagi perjalanan tersebut.

 

Pembatalan tiket hanya boleh dibuat di kaunter bagi mereka yang tidak mendaftar KITS selepas tamat tempoh PKPB, tertakluk kepada penumpang yang terlibat dalam kawasan PKPB.

Manakala bagi penumpang yang telah berdaftar boleh membuat pembatalan dan pembelian tiket baharu melalui aplikasi KITS.

Penumpang yang tidak berdaftar dan tidak terlibat dalam kawasan PKPB boleh membuat pembatalan tiket di kaunter sebelum waktu tren berlepas.

KTMB meminta pengguna menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau melayari saluran media rasmi KTMB sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut. – MalaysiaGazette