Home Politik Putra sasar bertanding 40 kerusi Parlimen PRU15

Putra sasar bertanding 40 kerusi Parlimen PRU15

Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkara Malaysia (Putra) mensasarkan sebanyak 40 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tiga negeri yang disasarkan untuk bertanding adalah Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan selepas memilik kekuatan sokongan di sana.

Jelas beliau, di Kelantan pula, Putra akan bertanding hampir kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN0 dalam memberi saingan kepada Muafakat Nasional (MN).

Negeri lain ujarnya, parti itu mungkin hanya bertanding antara tujuh hingga lapan kerusi DUN sahaja.

“Bagi Parlimen, kalau Putra mampu menang antara 15 hingga 20 kerusi pun sudah memberi faedah besar kepada orang Melayu.

“Dengan jumlah kerusi yang ad aitu, kitab oleh menjadi kumpulan semak dan imbang di mana tidak terikat kepada mana-mana parti lain,” katanya.

Presiden Penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali (tengah) bercakap pada sidang media bersama Timbalan Presiden PUTRA, Tan Sri Khalid Yunos (kanan) selepas Pelancaran Tabung Perjuangan PUTRA di Pejabat PUTRA, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Tabung Perjuangan Putra, Tabung Selamatkan Rizab Melayu dan Dana Bantuan Guaman di Ibu Pejabat Putra di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Putra, Tan Sri Khalid Yunus.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Putra kini melihat perspektif berbeza apabila akan terdapat kerjasama politik antara parti dan tiada lagi satu parti sahaja yang menjadi dominan.

Jelas beliau, pada PRU15 nantu, satu parti mungkin hanya akan memenangi antara 20 hingga 30 kerusi Parlimen dan gabungan antara parti lain diperlukan untuk membentuk kerajaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.