KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$105.2 bilion pada 15 Oktober 2020, naik berbanding AS$105 bilion pada 30 September lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette