Home Dunia Eropah rekod 200,00 kes Covid-19 sehari

Eropah rekod 200,00 kes Covid-19 sehari

LONDON – Eropah merekodkan kenaikan lebih dua kali ganda kes jangkitan Covid-19, melepasi 200,000 kes harian buat kali pertama pada hari Khamis.

Banyak negara Eropah Selatan melaporkan kes satu hari tertinggi minggu ini.

Eropah melaporkan 100,000 kes sehari buat kali pertama pada 12 Oktober lalu.

Setakat ini, Eropah melaporkan sekitar 7.8 juta kes koronavirus dan kira-kira 247.000 kematian, menurut laporan Reuters.

Negara-negara Eropah seperti Itali, Austria, Kroasia, Slovenia dan Bosnia melaporkan kes koronavirus satu hari tertinggi pada hari Khamis.

Eropah menjadi wilayah yang melaporkan lebih banyak kes harian berbanding gabungan India, Brazil dan Amerika Syarikat.
Peningkatan ini sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan ujian saringan yang dijalankan berbanding semasa gelombang pertama wabak tersebut.

Angka jangkitan kes koronavirus di seluruh dunia kini mencecah 41.4 juta dengan 1.1 kes kematian.

Menurut Reuters, hari Rabu menyaksikan jumlah jangkitan tertinggi yang dilaporkan dalam satu hari di seluruh dunia, iaitu 422,835.

Setakat ini, Eropah menyumbang hampir 19% kes global dan sekitar 22% kematian dunia, menurut laporan Reuters. – MalaysiaGazette