ZURICH – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino tidak bersetuju dengan cadangan pengwujudan Liga Super Europa melibatkan hanya kelab elit yang memerlukan perbelanjaan besar berjumlah £4.6 billion (RM25.037 bilion).
Cadangan itu hasil cetusan idea kelab bola sepak, Manchester United dan Liverpool
Liga baharu yang dicadangkan oleh dua kelab Liga Perdana Inggeris itu membabitkan penyertaan 18 kelab elit.
Infantino menyatakan dia tidak berminat dengan idea baharu itu yang dijangka dilaksanakan pada awal 2022.
Sebaliknya Infantino mendedahkan pelan pembangunan untuk memastikan sukan bola sepak lebih bertaraf global dengan struktur perancangan FIFA sedia ada.
“Sebagai Presiden FIFA, saya berminat terhadap Piala Dunia kelab tetapi bukan Liga Super, saya tidak berminat dengan Bayern Munich lawan Liverpool, tetapi Bayern bersemuka Boca Juniors dari Buenos Aires.
“Liverpool memiliki kira-kira 180 juta peminat di serata dunia, Flemingo sekitar 40 juta peminat tetapi di Brazil sahaja mereka memiliki 39 juta penyokong daripada 40 juta peringkat global.
“Liverpool hanya memiliki 5 juta peminat di England dan selebihnya 175 juta di serata dunia.
“Saya lebih berminat untuk menyaksikan kelab di luar benua Eropah mempunyai pengaruh, sokongan serta menyerlah di peringkat global pada masa akan datang dan mementingkan kelab di benua Eropah sahaja adalah etika yang tidak profesional untuk FIFA.
“Visi saya sangat jelas iaitu 50 kelab dan 50 pasukan kebangsaan boleh muncul sebagai juara dunia pada masa hadapan,” katanya. – Agensi