KUALA LUMPUR – “Gencatan senjata” yang diumumkan UMNO mungkin mengganggu rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menukar kerajaan, tetapi ia tidak menghentikan perang politik yang sedang berlaku.
Sinchew Daily melaporkan, PKR tidak akan berputus ada, tetapi akan menukarkan strategi dengan medan perang politik beralih ke Parlimen.
Sumber Pakatan Harapan juga percaya “gencatan senjata” UMNO adalah bersifat sementara waktu dan parti itu akan terus menekan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, khususnya apabila keadaan wabak COVID-19 bertambah baik.
“Nampaknya sudah tidak boleh menukar kerajaan melalui Istana, oleh itu adalah dipercayai bahawa medan perang akan beralih ke Parlimen yang akan mula bermesyuarat pada 2 November.
“Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri di Parlimen termasuk undi tidak percaya dan menghalang kelulusan rang undang-undang, khususnya kelulusan Bajet 2021,” kata sumber itu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah mengumumkan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional bagi membantu rakyat dan negara mendepani wabak COVID-19 dan masalah ekonomi.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula menghormati kenyataan Ahmad Zahid, tetapi turut menegaskan akan terus berusaha untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.
Katanya, matlamat itu akan dicapai melalui bantuan Ahli Parlimen yang berkongsi aspirasi yang sama. – MalaysiaGazette
Rakyat tengah sensara, diorg xhabis habis dgn politik..
adakah ph boleh bagi duit pada rakyat seperti mihyidin buat???? . kalau zaman mahadir jangan harap lah. anwar tak tahu lah