Home Sukan Tottenham, Milan, Leicester tunjuk aksi cemerlang dalam Liga Europa

Tottenham, Milan, Leicester tunjuk aksi cemerlang dalam Liga Europa

Liga Europa

PARIS – Tottenham menang bergaya apabila berjaya menumpaskan LASK 3-0 pada aksi perlawanan Liga Europa yang berlangsung pagi tadi.

Pemainnya, Gareth Bale membantu Tottenham menambah mata jaringan bagi menundukkan pasukan lawan dari Austria.

Bagaimanapun, Celtic terpaksa menerima tamparan dengan kekalahan di gelanggang sendiri apabila tewas 1-3 ke atas skuad AC Milan yang ditunjangi Zlatan Ibrahimovic.

Musuh Liga Perdana buat Spurs seperti Arsenal dan Leicester mencatatkan kemenangan apabila wakil Inggeris itu mempamerkan pencapaian baik di Eropah dengan enam kemenangan dan satu seri dalam perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Bale bermula dalam kesebelasan utama pasukan buat pertama kali sejak kembali ke Spurs dari Real Madrid, membuat penampilan mengagumkan hingga Tottenham menikmati kemenangan 3-0 dalam saingan pembukaan Kumpulan J.

Vinicius memulakan permainan selepas Harry Kane direhatkan dan mencipta gerakan gol setiap babak untuk Lucas Moura dan Son Heung-min, ketika dia juga berpeluang meledak jaringan jika Andres Andrade tidak menjaringkan gol sendiri.

Leicester melakukan permulaan cemerlang dalam Kumpulan G dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Zorya Luhansk dari Ukraine.

James Maddison, Harvey Barnes dan Kelechi Iheanacho berada dalam senarai penjaring.

Di Glasgow, Celtic bergelut mengatasi pendahulu Serie A, Milan yang berada 0-2 pada separuh masa permainan hasil jaringan Rade Krunic dan Brahim Diaz.

Mohamed Elyounoussi merapatkan kedudukan selepas waktu rehat namun Jens Petter Hauge memastikan kemenangan Milan dalam Kumpulan H di pada minit akhir permainan.

Arsenal pula bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan ke atas Rapid Vienna 2-1 dan Rangers menewaskan Standard Liege 2-0.

Benfica menewaskan Lech Poznan, 4-2 di Poland 4-2 dalam aksi Kumpulan D manakala Bayer Leverkusen membelasah wakil Perancis, Nice, 6-2 dan wakil Sepanyol, Granada, mengatasi PSV Eindhoven, 2-1 dalam kempen pertama saingan Eropah mereka.

Berikut keputusan Liga Europa:

PARIS: Berikut keputusan Liga Europa:

Kumpulan A
CSKA Sofia 0 CFR Cluj 2 (Rondon 53, Deac 74-pen)
Young Boys 1 (Nsame 14-pen) Roma 2 (Peres 69, Kumbulla 74)

Kumpulan B
Dundalk 1 (Murray 35) Molde 2 (Hussain 62, Omoijuanfo 72-pen)
Rapid Vienna 1 (Fountas 51) Arsenal 2 (Luiz 70, Aubameyang 74)

Kumpulan C
Bayer Leverkusen 6 (Amiri 11, Alario 16, Diaby 61, Bellarabi 79, 83, Wirtz 87) Nice 2 (Gouiri 31, Claude-Maurice 90)
Hapoel Beer-Sheva 3 (Agudelo 45, Acolatse 86, 88) Slavia Prague 1 (Provod 75)

Kumpulan D
Standard Liege 0 Rangers 2 (Tavernier 19-pen, Roofe 90+3)
Lech Poznan 2 (Ishak 15, 48) Benfica 4 (Pizzi 9-pen, Nunez 42, 60, 90+3)

Kumpulan E
PSV Eindhoven 1 (Goetze 45+1) Granada 2 (Molina 57, Machis 66)
PAOK 1 (Murg 56) Omonia Nicosia 1 (Bautheac)

Kumpulan F
Napoli 0 AZ Alkmaar 1 (De Wit 57)
Rijeka 0 Real Sociedad 1 (Bautista 90+3)

Kumpulan G
Sporting Braga 3 (Galeno 44, Dias Fernandes 78, Horta 88) AEK Athens 0
Leicester City 3 (Maddison 29, Barnes 45, Iheanacho 67) Zorya Luhansk 0

Kumpulan H
Sparta Prague 1 (Dockal 47) Lille 4 (Yusuf 45+1, 60, 74, Ikone 66)
Celtic 1 (Elyounoussi 76) AC Milan 3 (Krunic 14, Diaz 42, Hauge 90+2)

Kumpulan I
Maccabi Tel-Aviv 1 (Cohen 10) Qarabag 0
Villarreal 5 (Kubo 13, Bacca 20, Foyth 57, Paco Alcacer 74, 78) Sivasspor 3 (Kayode 33, Yatabaré 43, Gradel 64)

Kumpulan J
Tottenham Hotspur 3 (Lucas 18, Andrade Cedeno 27-gs, Son Heung-min 84) LASK 0
Ludogorets 1 (Marín Escavy 46) Antwerp 2 (Gerkens 63, Rafaelov 70)

Kumpulan K
Wolfsberg 1 (Liendl 42-pen) CSKA Moscow 1 (Gaich 5)
Dinamo Zagreb 0 Feyenoord 0

Kumpulan L
Slovan Liberec 1 (Helal 30) Ghent 0
Hoffenheim 2 (Baumgartner 64, Dabour 90+3) Red Star Belgrade 0

– MalaysiaGazette