Buat pertama kalinya, kes baharu positif Covid-19 melonjak ke empat digit, apabila sebanyak 1,228 kes direkodkan hari ini.
Laporan terbaharu sehingga jam 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 25,742 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 sebanyak 221 kes.