Home Nasional Isytihar darurat macam bunuh ‘tikus guna bom’ – Rafidah

Isytihar darurat macam bunuh ‘tikus guna bom’ – Rafidah

Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan darurat bagai membunuh tikus guna bom!

Itu gambaran diberikan veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkenaan senario politik negara pada masa ini.

Menurutnya, jika bom digunakan bukan sahaja tikus akan mati malah satu rumah akan hancur.

“Saya tidak sangka saya masih hidup untuk melihat semua ini berlaku sekarang. Politik pada tahap terendah setengah ahli politik pentingkan diri sebelum rakyat dan negara,” katanya dalam hantarannya di Facebooknya hari ini.

Rafidah mendakwa ahli politik sekarang ‘membuang’ prinsip demokrasi ke dalam ‘longkang’ dan mengutamakan kepentingan sendiri dengan menggunakan alasan Covid-19.

“Jelas, kerajaan sekarang sudah kehabisan upaya untuk merancang dan implementasi polisi berhadapan dengan Covid-19.

“Bukan sahaja Covid-19 tetapi juga kesan pandemik kepada rakyat dan negara,” katanya lagi.

Menurutnya, peranan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dihargai menangani pandemik namun sikap sesetengah VIP mengingkari peraturan menyebabkannya merebak di Sabah.

Namun selepas tujuh bulan Covid-19 menjadi pandemik ia tiba-tiba menyebabkan darurat?

“Ia tidak boleh diterima,” tegasnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.