Home Dunia Sudan pula bakal iktiraf Israel

Sudan pula bakal iktiraf Israel

Sudan akhirnya bersetuju menjalin hubungan dengan Israel. foto Reuters

WASHINGTON – Sudan akan menjalinkan hubungan dengan Israel – siri normalisasi terbaharu dalam negara-negara Liga Arab.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menyatakan lima lagi negara-negara Arab akan melaksanakan hubungan sama.

Sebelum ini Trump telah menarik balik Sudan daripada senarai tajaan penegganas dan melepaskan sekatan ke atas ekonomi dan pelaburan.

Sudan merupakan negara ketiga berbuat demikian selepas Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.

Kedua-negara itu merupakan negara Teluk yang pertama di Timur Tengah mengiktiraf Israel selepas 26 tahun.

Sudan, Israel dan AS akan bertemu dalam beberapa minggu lagi bagi membincangkan tentang isu-isu agrikultur, penerbangan dan migrasi.

Namun tarikh sebenar tidak dimaklumkan.

“Para pemimpin setuju untuk menormalkan hubungan antara Sudan dan Israel dan untuk mengakhiri keadaan perselisihan antara negara mereka,” tambah kenyataan itu.

Jordan menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1994 dan Mesir pada tahun 1979.

Mauritania, anggota Liga Arab Afrika, mengiktiraf Israel pada tahun 2009 tetapi memutuskan hubungan 10 tahun kemudian.

Semakin banyak negara Arab yang memformalkan hubungan dengan Israel yang dikutuk oleh rakyat Palestin, yang melihatnya sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan mereka.

Dari segi sejarah, negara-negara Arab menetapkan rundingan damai dengan Israel mengenai penarikan diri dari wilayah yang diduduki dalam perang 1967 dan penubuhan negara Palestin dengan Jerusalem Timur sebagai ibu kotanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Org islam lbih takut kpd US drpd Allah, so org islam mcn ini tggu je lh mati nnti, ko tahu lh apa yg ko akn dpt…dunia buat lah apa yg ko nak buat, tapi akhirat trima lh blasan atas perbuatan drpd tgn2 ko itu.

Comments are closed.