Home Nasional 688 ditahan ingkar PKP

688 ditahan ingkar PKP

Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 688 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu seramai 678 individu telah dikompaun manakala 10 ditahan reman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk penjarakan fizikal (213), tidak memakai pelitup muka (211), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (136), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (37), dan lain-lain (91),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam Operasi Benteng semalam.

Turut dirampas adalah lima buah kenderaan berat. – MalaysiaGazette