TERKINI : 8 Raja-Raja Melayu Mula Bersidang di Istana Negara

Terdapat 8 konvoi kenderaan Rasmi Raja-Raja membawa Sultan-Sultan dan Raja-Raja tiba di Istana Negara untuk menghadiri pertemuan khas antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja-Raja Melayu.

Mesyuarat tersebut antara lain dikatakan akan membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutamanya mengenai penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Mesyuarat tersebut dijadualkan bermula pukul 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu dan tidak melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.