KUALA LUMPUR- “Titah dijunjung Tuanku,” demikian reaksi yang diberikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selepas Yang di-Pertuan Agong memutuskan tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat.
Dalam ciapan seterusnya, Ahli Parlimen Ketereh itu menzahirkan penghargaan beliau kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mempercayai keupayaan kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19.
Dengan itu menurut Annuar, beliau akan meneruskan tugasnya seperti biasa.
“Teruskan tugas seperti mana dititah.
“Menjunjung kasih atas keyakinan yg begitu tinggi SPB Tuanku atas keupayaan yg telah dibuktikan kerajaan memerangi Covid-19.
“Usaha perlu dipertingkatkan lagi walau mungkin terus diganggu dan politik terus tidak stabil…Terus ke hadapan,” katanya melalui akaun Twitternya hari ini.
Petang tadi, sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berpendapat tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.
Baginda turut mengingatkan ahli-ahli politik untuk tidak bermain politik sehingga boleh menjejaskan kestabilan pemerintahan negara. -MalaysiaGazette
buat-buat bodoh pulak!!! masih tak fahamkah YDP Agog dah tak terima nasihat tu….. Belum pernah berlaku YDP Agong tolak nasihat PM. Itu tanda jelas PM dan kabinetnya kelaut……