Home Nasional Noor Hisham nafi dakwaan Lokman, tiada manipulasi jumlah kes Covid-19

Noor Hisham nafi dakwaan Lokman, tiada manipulasi jumlah kes Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. foto AFIQ HAMBALI, 21 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan jumlah kes positif Covid-19 telah dimanipulasi untuk kepentingan pihak lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dakwaan itu jelas tidak berasas kerana kutipan data kes setiap hari menggunakan Sistem Maklumat Kesihatan Awam.

Jelas beliau, secara rutin setiap negeri akan masukkan data tersebut dan pihaknya membincangkan sebagai satu pasukan dan bukannya melibatkan dirinya seorang.

“Kita kutip data setiap hari sehingga jam 12 tengah hari menggunakan Sistem Maklumat Kesihatan Awam.

“Setiap negeri, mereka akan masukkan data tersebut dan kita bincang. Bukan hanya daripada saya tetapi satu pasukan pasukan di sebalik tabir akan melihat data dan kluster yang terlibat.

“Ini bukan memanipulasi. Ia adalah fakta. Kita menggunakan fakta ini dari hari pertama. Jangan data menunjukkan angka kosong dan satu digit kita terima data tersebut.

“Bila melebihi 1,000 kes kita tidak terima data tersebut,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam bahawa Noor Hisham telah memanipulasi jumlah kes Covid-19 sejak kebelakangan ini bagi tujuan menghalalkan pengumuman darurat yang dicadangkan darurat.

Noor Hisham menambah, KKM telah menjangkakan unjuran pihaknya menunjukkan kes-kes positif akan meningkat 1,000 kes dalam masa terdekat.

Jelas beliau, kemungkinan selepas 31 Oktober ini, negara tidak lagi mencatatkan jumlah kes positif tiga digit tetapi empat digit.

Katanya, ia melainkan nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (R0) dapat diturunkan kurang daripada satu.

“Dalam unjuran kita sepanjang tempoh empat minggu ini barulah kita dapat turunkan jumlah kes daripada empat digit kepada tiga gigit.

“Peperangan sedang sengit kita jalankan terutamanya di Sabah untuk pastikan kita mengawal penularan Covid-19 ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Dengan sokongan Najib pada Anwar, menyebabkan sokongan rakyat kepada Najib sendiri semakin merosot… kempunan la Lokman nak jadi Timbalan Muntri

  2. Bodoh betul lokman nie, dia ingat org lain mcm dia ker, boleh main2 dgn nyawa dan kesejahteraan rakyaat. Org lain bukan nak samekan mcm dia blh dan sangup spin utk penting name dan politik. Jgn lah gunakan isu nie nak finah sesiape khususnya KKM, they are fronliners klu x blh nak bersyukur duduh kah diam2 jer.

Comments are closed.