Home Utama Polis siasat individu hina YDPA di bawah Akta Hasutan, SKMM

Polis siasat individu hina YDPA di bawah Akta Hasutan, SKMM

Mior Faridalathrash Wahid Padang Ipoh nasi ganja order helicopter
Mior Faridalathrash Wahid

KUALA LUMPUR – Polis telah memulakan siasatan terhadap sebuah akaun media sosial Facebook yang telah memuat naik komen berbaur menghina dan mempersenda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Akaun Facebook itu telah dikenalpasti polis sebagai nama Ho Ruey Terng.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis telahpun membuka kertas sisatan terhadap akaun Facebook itu untuk menyiasat individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Polis sedang menyiasat individu hina Agong dibawah Akta Hasutan dan SKMM 1998.

Akaun bernama Ho Ruey Terng dalam Facebook memuat naik status yang berbaur merendahkan serta memaki hamun baginda YDPA secara biadap menggelar baginda bagai Raja yang bodoh kerana tidak berdaya mencari penyelesaian sewaktu epidemik Covid-19.

Malah dia juga tanpa rasa hormat menuduh YDPA cuba mendapat manfaat dari segi kewangan dengan cukai rakyat.

Mesej itu tular dalam Facebook sehingga mencetuskan kemarahan netizen atas kebiadapan serta sikap tidak sopan individu itu yang menghina baginda sebagai Ketua Negara dengan kata kesat sebegitu.

Mesej itu dimuat naik individu itu dalam bahasa Inggeris yang berbunyi;”Our stupid head of state can’t do anything during the epidemic.

“He only knows how to use people’s tax. Besides observing how to appoint the prime minister between two parties to make profits for himself. He also tries his best to obtain financial benefits. The King of Malay is a pig, a stupid pig like Allah, a dictator, go eat shit,”.

Penggunaan kata-kata kesat termasuk perkataan babi, selain menghina Allah oleh individu itu terhadap YDPA disifatkan sebagai perbuatan melampau dan mendesak pihak berkuasa menyiasat dan melaksanakan tindakan berlunaskan undang-undang ke atas pelaku itu.

Bagaimanapun pemantauan MalaysiaGazette mendapati akaun itu tidak wujud disyaki telah dipadam oleh pelaku. Manakala, dalam Instagram pemilik akaun bernama @pemantaumalaysiabaru telah memuatnaik status Ho Ruey Terng yang mendakwa akaunnya telah dipalsukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Status Ruey Terng mendakwa dia sedang membuat persiapan untuk membuat laporan polis sambil menggesa orang ramai untuk tidak percaya dengan status palsu yang digunakan atas namanya. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dahulu ada yang menanam benci kepada sistem beraja Melayu secara sorok2, sembunyi2! Kini mereka berkempen secara terang2an.

    Harap pihak polis/berwajib mengambil tindakan tegas dengan segera sebelum mereka dapat mempengaruhi fikiran rakyat dalam skala besar2an!

  2. Apa pun jawab dulu pertuduhan menghina dan memaki ALLAH dan menghina YDP Agong tu. Tak payahlah buat drama kata acc fb ngko kena hack. Sebagai rakyat YDP Agong kami mendesak siasatan dan pendakwaan justeru hukuman berat dikenakan kepada bangsat tu..

Comments are closed.