RIO DE JANEIRO – Legenda Brazil Ronaldinho mengesahkan dia dijangkiti virus Covid-19 namun tidak tidak bergejala.
Bekas pemain Barcelona dan AC Milan itu kini dikuarantin di Hotel Belo Horizonte.
“Hai kawan-kawan, keluarga, peminat, saya melakukan ujian Coving-19 dan keputusannya positif. Saya tidak ada gejala buat masa sekarang namun dalam keadaan baik,” kata Ronaldinho, 40, dalam rakaman video di media sosial.
Ogos lalu, Ronaldinho kembali ke Brazil selepas ditahan lima bulan di Paraguay kerana kesalahan memalsukan pasport.
Bekas pemenang Ballon d’Or itu dan adiknya dipenjara sebulan dan ditahan empat bulan di hotel Asuncion.
Brazil mencatat lebih daripada 156,000 kematian akibat Covid-19, di belakang Amerika Syarikat dalam jumlah kematian. – MalaysiaGazette