Sebanyak 1,240 kes baharu Covid-19 telah dilaporkan hari ini, sekaligus muncul kes harian tertinggi sejak permulaan pandemik.
Berikutan itu, jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 27,805 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 9,744 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,240 kes baharu itu, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara.