Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan tiga lagi kluster baharu pandemik Covid-19 pada hari ini di tiga negeri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang pertama adalah Kluster Kapor melibatkan daerah Kudat di Sabah. Kluster kedua melibatkan Kluster Hampar di daerah Rembau di Negeri Sembilan.Kluster ketiga pula adalah Kluster Penjara Tapah melibatkan daerah Batang Padang di Perak.