LOS ANGELES – Aktor legenda Hollywood, Arnold Schwarzenegger selamat menjalani pembedahan jantung pada Jumaat lalu, lapor Reuters.
Schwarzenegger mengakui dia kini berasa lebih kuat dan sudah mampu berjalan dan bersiar-siar.
“Saya memiliki injap aorta yang baharu selain injap pulmonari daripada pembedahan yang sebelum ini.
“Kini saya berasa lebih hebat dan sudah keluar ke berjalan-jalan,” ujarnya di hantaran Instagram milknya.
Schwarzenegger turutt memuat naik gambarnya yang memberi isyarat bagus dari katil hospital di Cleveland Clinic.
Dia juga merakamkan penghargaan kepada pada kakitangan perubatan di situ.
Pelakon yang berusia 73 tahun itu dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.
Schwarzenegger menjadi salah seorang daripada bintang filem aksi terkenal sekitar tahun 1980-an dengan filem popular seperti Conan the Barbarian dan The Terminator selain filem komedi Twins.
Pada 2003, Schwarzenegger dilantik sebagai Gabenor California dan banyak memperjuang polisi berkaitan alam sekitar
Selepas mengakhiri penggal perkhidmatannya pada 2011, dia kembali ke layar perak, antaranya muncul dalam The Expendables 2 dan juga sekuel The Terminator. – MalaysiaGazette