Home Nasional Gondola31 tawar hadiah istimewa sempena ulang tahun ke-5

Gondola31 tawar hadiah istimewa sempena ulang tahun ke-5

KUALA LUMPUR5 – Butik vendor terbesar di Perak, Gondola31 bakal menginjak usia lima tahun penubuhannya pada 8 November 2020.

Justeru, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya,  Gondola31 mengadakan kempen jualan bertemakan 5 Years Gondola31, We Still Here bermula pada 23 Oktober lalu hingga 8 November depan.

Pengasas Gondola31, Nizam Baharudin berkata, sepanjang kempen jualan berlangsung pelanggan berpeluang menikmati tiga keistimewaan.

“Pertama, selain menawarkan potongan harga produk hingga 70 peratus, pelangggan juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah dengan setiap pembelian RM10 dan ke atas.

“Hadiah-hadiah yang ditawarkan pula bergantung pada jumlah pembelian. Ini bermakna, semakin tinggi pelanggan berbelanja, maka semakin lumayan hadiah diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nizam Baharudin

Tambah Nizam, bagi menyuntik pengalaman beli-belah lebih menyeronokkan, pelanggan yang berbelanja minima RM150 dan ke atas secara automatik berpeluang menyertai segmen Cabutan Bertuah Gondola31.

Gondola31 yang beroperasi di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak diasaskan oleh Nizam dan Norazura Posdzi.

Butik setinggi dua tingkat itu menawarkan pengunjung dengan variasi fesyen dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan rekaan terkini.

Terdapat lebih daripada 70 jenama fesyen tempatan popular dan eksklusif ditawarkan di Gondola31.

Antaranya iproduk jenama Jannahnoe, HerBintWahab, KeHati, ByRaa dan Marshmallow Scarf selain  label fesyen Cotton Metaphore, Naelofar, Madre, Chenta Qaseh, Bokitta, FOR Factory Outlet, Redaudra dan Lisaadam.

Bertambah istimewa, selain produk fesyen butik Gondola31 juga menawarkan ‘Snacklicious Corner’.

Ruang yang beroperasi di aras satu butik itu menempatkan lebih 32 variasi snek lazat keluaran 12 usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan khususnya di sekitar Perak. – MalaysiaGazette