Home Nasional MBM cadang bantuan RM250 untuk mahasiswa

MBM cadang bantuan RM250 untuk mahasiswa

Universiti melihat bahawa amalan biasa pelantikan pentadbir staf akademik wajar diteliti semula kerana dibimbangi bahawa staf akademik lebih banyak terbeban dengan kerja pentadbiran berbanding kerja hakiki yang biasanya disebut dengan 7P.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Tindakan sesetengah institusi pengajian tinggi (IPT) yang tetap mengenakan yuran penuh walaupun sesi pembelajaran adalah secara dalam talian telah memberi tekanan kepada mahasiswa.

Dengan itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa kerajaan untuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar IPT antaranya dengan memberi tunai secara one off sebanyak RM250 di bawah Belanjawan 2021.

Selain itu, MBM juga meminta supaya yuran kokurikulum dan yuran berkaitan kemudahan kampus diberi pengecualian kerana pembelajaran dijalankan secara dalam talian sepenuhnya.

Para mahasiswa juga boleh diberikan baucer untuk pembelian buku-buku rujukan yang diwajibkan oleh pensyarah.

“Adalah tidak wajar, menghadapi kesan Covid-19 ini, mereka masih perlu bergantung kepada bantuan one-off yang diterima oleh keluarga mereka. Bagi yang memiliki keluarga ramai tentulah tidak mencukupi.

“MBM sekali lagi mengulangi gesaan kepada pihak kerajaan agar kebajikan golongan ini tidak diabaikan. Di samping turut memberikan nasihat kepada golongan mahasiswa, jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada bantuan yang disudukan,” kata kenyataan tersebut.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hak keistimewaan Melayu cuma fantasy khayalan sebab ianya berbeza dengan tongkat bantuan subsidy mahupun quota berdasarkan bilangan kaum.

Comments are closed.