Home Utama Raja Macau Scam panjat pagar SPRM berjaya ditangkap semula

Raja Macau Scam panjat pagar SPRM berjaya ditangkap semula

Raja sindiket Macau Scam dalam negara yang dikaitkan dengan beberapa selebriti popular tempatan sangat dikehendaki polis iaitu Goh Leong Yeong yang melarikan diri memanjat pagar SPRM sejurus dibebaskan kini sedang diburu Bukit Aman sejak 16 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Raja penipuan pelaburan Macau Scam yang diburu sebagai suspek utama dalam kes pengubahan wang haram selepas meloloskan diri dengan memanjat pintu pagar Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya akhirnya berjaya ditangkap polis.

Ternyata tindakan beliau menipu polis dan menyembunyikan diri selama ini tidak berpanjangan apabila berjaya dikesan dan ditahan di sebuah pusat peranginan di Pahang awal pagi tadi.

Goh Leong Yeong atau dikenali sebagai Alvin ditahan sekitar 1.20 pagi bersama seorang wanita warga asing disyaki kekasihnya oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kata pengarahnya, Komisioner Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan tangkapan itu kepada MalaysiaGazette hari ini.

Katanya sejak meloloskan diri dari ibu pejabat SPRM mengelak ditahan oleh polis pada 12 Oktober lalu, polis telah menjalankan risikan dan pemburuan suspek itu secara besar-besaran sebelum berjaya ditangkap hari ini.

“Dia kini ditahan di IPK Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut. Namun kita juga akan siasat bagaimana suspek ini telah meloloskan diri dengan begitu mudah memanjat pintu pagar kerana wujud dakwaan dia dibantu orang tertentu untuk lari daripada ditahan polis,” kata Huzir.

Terdahulu, laporan mendakwa Alvin yang dikehendaki dalam kes sindiket pengubahan wang haram didakwa melarikan diri sejurus selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM bersama tujuh lagi individu setelah diambil keterangan siasatan kes.

Dia kemudian melarikan diri memanjat pintu pagar belakang SPRM sebagai mengelak daripada ditahan semula oleh polis yang menunggu di pintu pagar utama menaiki sebuah kereta Myvi.

Huzir dalam kenyataaan bertarikh 16 Oktober lalu melancarkan pemburuan suspek dikehendaki itu untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis