Home Seni Hidup Saya tak pernah cakap sudah berhijab sepenuhnya – Fasha

Saya tak pernah cakap sudah berhijab sepenuhnya – Fasha

Foto Instagram Aidil Aziz.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fasha Sandha menjadi tumpuan perkongsian video tariannya bersama suaminya, Aidil Aziz yang dipersoalkan netizen apabila ibu kepada tiga anak itu tidak lagi mengenakan tudung.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, Fasha menjelaskan, dia masih  belajar untuk menutup aurat dan tidak pernah menyatakan kepada umum bahawa dia sudah berhijab sepenuhnya.

“Betul komen dan pendapat adik itu, saya tak pernah cakap sudah berhijab sepenuhnya, sama juga macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadan begitu juga saya.

“Perlahan-lahan belajar, bukan untuk memenuhi kehendak netizen mahupun trend tapi kerana diri sendiri. Saya belajar. Alhamdulillah ada orang bijak komen tentang isu ini. Terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik-baik,” tulisnya.

Sejak Ramadan lalu, Fasha mengenakan tudung apatah lagi dia sedang hamil ketika itu. – MalaysiaGazette