Home Dunia Covid-19: Arab Saudi beri SR500,000 kepada waris petugas kesihatan

Covid-19: Arab Saudi beri SR500,000 kepada waris petugas kesihatan

RIYADH — Waris petugas-petugas kesihatan yang terkorban ketika merawat pesakit Covid-19 akan diberi bantuan kewangan sebanyak SR500,000 seorang.

Perkara tersebut diputuskan oleh Kabinet Arab Saudi pada Selasa.

Penerima bantuan kewangan itu termasuk waris petugas-petugas yang meninggal dunia di Arab Saudi mahu pun petugas kesihatan yang meninggal di luar negara.

Bantuan itu akan diberikan kepada semua rakyat termasuk pasukan ketenteraan yang bekerja dalam bidang kesihatan kerajaan mahu pun swasta. – Agensi

+ posts