BRUSSELS – Negara-negara di bawah Kesatuan Eropah dijangka menerima vaksin Covid-19 seawal bulan April tahun depan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua EU, Ursula von der Leyen pada sidang media hari ini.
“Bekalan dalam jumlah yang besar dijangka bermula pada April,” katanya.
Tambah Ursula, jika menurut kepada senario terbaik, syarikat-syarikat pengeluar vaksin itu boleh menghantar sehingga 50 juta vaksin sebulan ke EU.- Agensi