KUALA LUMPUR – Penyanyi Haqiem Rusli membuktikan karier seni mampu memenuhi impiannya apabila membeli kereta kedua selepas memiliki kereta pertama jenis Mitsubishi Lancer tiga tahun lalu.
Semalam, Haqiem, 22, menghadiahkan dirinya dengan kereta mewah Mercedes Benz GLC 20 yang dianggarkan berharga RM290,000.
Lebih istimewa dia yang popular dengan lagu Tergantung Sepi turut memilih tahun kelahirannya 1998 sebagai nombor plat kenderaan.
Berkongsikan berita itu di media sosial, Haqiem berkata dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua anak muda.
“Sebelum buat hantaran di Twitter, saya terfikir juga nanti orang kata nak menunjuk, tapi niat saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua.
“Kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki tak salah untuk dikongsi semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua,” katanya. – MalaysiaGazette
Nk jd kan inspirasi tu bagus..tp dlm keadaan skrg ni rasanya x sesuai kut..tp xpa lah klu nk puaskan hati dan reward utk diri sendiri ok jer..